Sabtu, Oktober 22, 2011

Kos perbelanjaan perkahwinan amat membebankan generasi muda



RM40,000! Itulah jumlah duit minimum yang diperlukan oleh pasangan kekasih yang ingin melangsungkan perkahwinan. Jumlah ini adalah untuk kenduri yang dikira sebagai 'tersangat biasa'. Pecahan perbelanjaan secara kasar adalah seperti berikut :










































































































































ItemHarga seunitUnitJumlah
Kad jemputan70 sen500 kepingRM350
CateringRM101,000 orangRM10,000
Door giftRM31,000 orangRM3,000
Sewa dewanRM2,000
JurugambarRM2,000
PelaminRM800
Persalinan pengantinRM700
SolekanRM200
DJRM400
MarhabanRM200
SilatRM200
JumlahRM19,850


Jumlah kenduri untuk sebelah pihak sahaja sudah hampir mencecah RM20,000. Jika kedua-dua belah pihak jumlahnya adalah RM40,000. Perlu diingatkan kos di atas hanyalah untuk majlis kenduri dan tidak termasuk kos pengangkutan, dulang hantaran untuk majlis pertunangan dan nikah, cincin tunang dan kahwin, mas kahwin, upah jurunikah dan kursus perkahwinan yang dianggarkan sekitar RM5,000 untuk kedua-dua belah pihak.

Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian dan baru memasuki alam pekerjaan hanya akan mendapat gaji sekitar RM1,500-RM2,500 sahaja. Setiap bulan mereka perlu menjelaskan pelbagai bil seperti elektrik, air, telefon, hutang kereta, hutang PTPTN, sewa rumah, duit minyak dan tol. Oleh kerana bebanan kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar, mereka hanya mampu menyimpan sekitar RM500-RM1,000 sahaja untuk sebulan. Jika kedua-dua pasangan sudah mempunyai pekerjaan, mereka tetap memerlukan masa sehingga 2 atau 3 tahun untuk mengumpul duit.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh golongan muda ini?

0 ulasan: