Selepas pertandingan berkenaan, saya banyak menghadiri kursus, seminar, conference yang berkaitan dengan mobile. Peluang ini membolehkan saya berkenalan dengan pemain-pemain industri dan meluaskan networking. Pada tahun 2008, saya menyertai pertandingan IP Creator Challenge anjuran MDeC. Nasib sekali lagi menyebelahi saya apabila proposal projek saya yang diberi nama Jawi Fun telah diumumkan sebagai pemenang dan diberikan grant sebanyak RM50,000. Pertandingan IPCC berbeza dengan MCC kerana peserta tidak perlu menyediakan prototaip lengkap untuk menyertainya. Peserta hanya perlu present proposal masing-masing pada pitching day dan juri akan memilih 5 proposal terbaik sebagai pemenang.
Walaupun telah memenangi RM70,000 daripada dua pertandingan, saya masih belum bersedia untuk memulakan perniagaan sendiri kerana duit hadiah berkenaan perlu dibahagi dengan rakan. Oleh itu, saya telah menyertai kursus Creative Technopreneur Academy Program di Melaka. Dalam kursus ini, peserta akan diberikan bimbingan langkah demi langkah untuk mendapatkan grant MDeC Preseed Fund yang bernilai RM150,000. Cabaran yang sebenarnya bermula di sini kerana sebelum ini, laluan dalam pertandingan yang saya sertai dilihat agak mudah. Namun, untuk grant Preseed ini, 3 proposal awal yang dihantar telah gagal untuk meyakinkan panel penilai. Oleh kerana saya pernah menang, maka saya tidak mudah berputus asa walaupun telah gagal sebanyak 3 kali. Akhirnya cubaan yang keempat telah berjaya dan tertubuhlah Yeayyy Sdn Bhd pada 2 Februari 2010.
Sebagai graduan dalam Sains Komputer, bidang perniagaan adalah sesuatu yang amat asing bagi saya. Bayangkan sebagai seorang usahawan, saya tidak tahu bagaimana untuk menulis Quotation, Invoice, Purchase Order dan Delivery Order. Namun saya bernasib baik kerana pengajar ketika kursus Creative Technopreneur Academy Program, Encik Rik sudi menjadi mentor kepada saya dan membenarkan saya menyewa sedikit ruang pejabatnya di Bandar Baru Bangi untuk operasi syarikat.
Saya sendiri tidak pasti adakah saya mampu untuk bertahan pada 5 tahun pertama kerana duit grant daripada MDeC hanya boleh bertahan selama 1 tahun sahaja. Ramai yang beranggapan usahawan yang memulakan perniagaan melalui pembiayaan grant tidak akan bertahan lama. Oleh itu, saya perlu berusaha dengan gigih untuk memastikan bahawa saya tidak termasuk dalam statistik mereka yang gagal setelah tamat tempoh projek yang grant.
Antara produk yang telah dihasilkan oleh Yeayyy Sdn Bhd :-
Cabaran Jawi (Mobile Games)
http://www.youtube.com/watch?v=yUKWbk8z0U4
Tulis Jawi (Facebook Application)
http://apps.facebook.com/tulisjawi/
Yang Mana Satu (Facebook Application)
http://apps.facebook.com/yangmanasatu/