Jumaat, Ogos 01, 2008

Terbalik nama

Kosmo 30 Julai 2008, wartawan tertukar nama Hazmin dan Muaz kat caption gambar. Nama Dr Sazilah pun dia tak letak pangkat Dr. Isk isk isk...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm


MOHAMED MUAZ menunjukkan perisian permainan telefon bimbit Kids Cashier yang dicipta sambil diperhatikan oleh Sazilah dan Muhammad Hazmin di UTeM, Melaka semalam.




MELAKA - Dua pelajar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan satu perisian permainan telefon bimbit berteraskan pendidikan.

Pelajar tersebut, Muhammad Hazmin Wardi dan Mohamed Muaz Mohamed, kedua-duanya 24 tahun, berjaya menghasilkan permainan Kids Cashier yang digunakan untuk menguji kebolehan matematik.

"Perisian ini adalah sebahagian daripada projek tahun akhir kami yang dilakukan tahun lalu yang diselaraskan pensyarah kami, Dr. Sazilah Salam.

"Ia kemudiannya dihantar untuk menyertai pertandingan Mobile Content Challenge 2007 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan berjaya mendapat tempat kedua," ujar Mohamad Muaz.

Beliau kini yang meneruskan pengajian pada peringkat sarjana di situ berkata, permainan itu disasarkan kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 9 tahun.

"Pemain akan bermain sebagai juruwang yang akan mengira baki wang yang terpaksa dipulangkan selepas pembelian sesuatu barang.

"Terdapat tiga peringkat perlu dilalui dan pemain akan diberi perkiraan secara rawak agar tiada pengulangan dalam soalan," kata Muhammad Hazmin.